Thursday 20 June 2013

sistem stereng

Sistem stereng adalah salah satu sistem yg terpenting dalam kejuruteraan automotif. ianya membolehkan kita menentukan arah kenderaan yg dipandu ke kiri atau ke kanan mahu pun menegak.
Secara khususnya fungsi stereng adalah untuk:
1. Membolehkan pemandu mengawal pergerakan dengan jitu.
2. Mengawal haluan kenderaan yg bergerak dengan kadar daya yg minimum sepanjang masa memandu.
3. Mengebalikan roda stereng ke kedudukan asal dengan sendirinye selepas membelok.
Oleh yg demikian sistem stereng mestilah ringan dan mudah dikendalikan serta tidak memindahkan hentakan jalan raya kepada roda stereng.

Sistem stereng mempunyai 4 elemen utama iaitu:
1. Roda stereng(Steering Wheel) - dikendalikan oleh pemandu
2. Aci stereng(Steering shaft)-menyambung dan menyampaikan pergerakan roda stereng ke gear stereng.
3. Gear stereng (Steering Gear)- menukar pergerakan pusingan kepada pergerakan sisian.
4. Perangkai stereng - menyambungkan kotak gear stereng ke buku sendi stereng dan roda.

rajah sistem asas stereng

JENIS DAN BAHAGIAN SISTAM STERENG

Secara umumnya terdapat 6 jenis sistem stereng yg biasanya digunakan pada kenderaan iaitu :-
1. Rak dan Pinan(Rack and Pinion)


2. Bebola Pusing Balik(Recirculating Ball)

3.Ulir dan Pancang(Cam and Peg)

4. Belitan dan Tembereng Tajam(Worm and Sector)

5. Belitan dan Nat(Worm and Nut)




6. Belitan dan Pengguling(Worm and Roller)






No comments:

Post a Comment