Thursday, 20 June 2013

sistem stereng

Sistem stereng adalah salah satu sistem yg terpenting dalam kejuruteraan automotif. ianya membolehkan kita menentukan arah kenderaan yg dipandu ke kiri atau ke kanan mahu pun menegak.
Secara khususnya fungsi stereng adalah untuk:
1. Membolehkan pemandu mengawal pergerakan dengan jitu.
2. Mengawal haluan kenderaan yg bergerak dengan kadar daya yg minimum sepanjang masa memandu.
3. Mengebalikan roda stereng ke kedudukan asal dengan sendirinye selepas membelok.
Oleh yg demikian sistem stereng mestilah ringan dan mudah dikendalikan serta tidak memindahkan hentakan jalan raya kepada roda stereng.

Sistem stereng mempunyai 4 elemen utama iaitu:
1. Roda stereng(Steering Wheel) - dikendalikan oleh pemandu
2. Aci stereng(Steering shaft)-menyambung dan menyampaikan pergerakan roda stereng ke gear stereng.
3. Gear stereng (Steering Gear)- menukar pergerakan pusingan kepada pergerakan sisian.
4. Perangkai stereng - menyambungkan kotak gear stereng ke buku sendi stereng dan roda.

rajah sistem asas stereng

JENIS DAN BAHAGIAN SISTAM STERENG

Secara umumnya terdapat 6 jenis sistem stereng yg biasanya digunakan pada kenderaan iaitu :-
1. Rak dan Pinan(Rack and Pinion)


2. Bebola Pusing Balik(Recirculating Ball)

3.Ulir dan Pancang(Cam and Peg)

4. Belitan dan Tembereng Tajam(Worm and Sector)

5. Belitan dan Nat(Worm and Nut)




6. Belitan dan Pengguling(Worm and Roller)






Tuesday, 18 June 2013

stereng kuasa

Sistem stering kuasa adalah salah satu insiatif penambahbaikan kepada sistem stereng yang sedia ada. Stereng kuasa berfungsi dengan bantuan bendalir hidrolik bertekanan. Ianya berfungsi untuk menambah daya kilas yang dihasilkan oleh kotak gear stereng kuasa. Ianya dapat mengurangkan dan meringankan beban ketika kenderaan membelok kerena pemusingan roda stereng lebih ringan.






Monday, 17 June 2013

RANCANGAN SESI LATIHAN (RSL)


Tajuk






Mata Pelajaran : Automotif Kenderaan
Modul 7              : Sistem Stereng, Gantungan Dan Tayar
Sub-modul         :
1.0     Sistem Stereng
2.0     Jenis-jenis Sistem Stereng dan Bahagian-bahagiannya.
3.0     Sistem Stereng Kuasa

Jabatan / Panatia
Automotif
Tarikh
10 JUN 2013
Nama Pengajar
MOHD NORHAFIZ BIN ZAINAL
ZULHAIDI BIN YAHAYA
Bilangan pelajar
36 orang
Lokasi latihan


Ruang Stesen Sistem Stereng, Gantungan dan Tayar Bengkel Automotif MPAV 1 SMT Kajang, Selangor.

Objektif latihan









Pelajar dapat:

  1. Menerangkan fungsi dan kendalian sistem stereng dan sistem gantungan.
  2. Melakukan kerja-kerja membaik pulih sistem stereng dan sistem gantungan.
  3. Melakukan kerja-kerja pemeriksaan, pengujian dan pelarasan pada sistem stereng dan gantungan.
  4. Melakukan kerja imbangan dan edaran roda.


Pengenalan

·         Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar










Gambaran latihan:

1.0      Sistem Stereng
1.       Guru menerangkan fungsi sistem stereng.
2.       Guru menerangkan bahagian-bahagian sistem stereng.
3.       Guru menerangkan kendalian sistem stereng.



2.0      Jenis-jenis Sistem Stereng dan bahagian-bahagiannya.
1.       Guru menerangkan pelbagai jenis sistem stereng.
2.       Guru menerangkan kendalian pelbagai jenis sistem stereng.
3.       Guru membuat tunjukcara kerja-kerja merombak, menservis, melaras dan memasang kembali sistem stereng.

3.0  Sistem Stereng Kuasa
1.       Guru menerangkan fungsi sistem stereng kuasa.
2.       Guru menerangkan kendalian sistem stereng kuasa.
3.       Guru menerangkan bahagian-bahagian sistem stereng kuasa.


·         Langkah pengajaran seterusnya





·         Contoh produk yang akan dihasilkan



·         Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini



Selepas sesi demontrasi ini, pelajar akan dapat menerangkan fungsi dan kendalian sistem stereng dan sistem gantungan; melakukan kerja-kerja membaik pulih sistem stereng 

Produk yang dihasilkan ialah latihan kerja-kerja amali seperti menanggal, memasang, memeriksa, menguji dan mendiagnosis.



  1. Pelajar telah ada sedikit penagalaman mengawal stereng basikal dan motosikal.
  2. Pelajar telah ada sedikit pengalaman membaik pulih tayar basikal dan motosikal.

Isi:
Kemahiran yang ditunjukkan kepada pelajar









Guru membuat sesi perbincangan kelas iaitu:
  1. Fungsi dan kendalian sistem stereng.
  2. Jenis-jenis sistem stereng serta kendaliannya.
  3. Fungsi dan kendalian sistem stereng kuasa.




Guru membuat tunjukcara kepada pelajar iaitu:
  1. Kerja merombak, menservis, melaras dan memasang kembali sistem stereng.
  2. Kerja mendiagnosis dan membaiki sistem stereng.
Pentaksiran :






  • Guru memeinta pelajar mengenal komponen serta kendalian sebelum menjalankan kerja amali dan mematuhi kehendak pentafsiran LPM.
  • Guru menggunakan kaedah ujian formatif dengan mengemukakan soalan bertulis, soalan lisan dan ujian kecekapan.
Isi penting  










             Kaedah latihan :

·     Guru membuat penerangan dan tunjukcara kepada pelajar.
·     Pada masa yang sama, guru membuat perbincangan kelas.
·     Pelajar menyenaraikan komponen utama sistem.
·     Guru menunjukkan langkah kerja berkenaan kendalian sistem.
·     Pelajar menjalankan kerja amali selepas penerangan serta tunjukcara amali oleh guru dan dipantau oleh guru.
Pelajar menjalankan ujian terhadap komponen berpandukan penerangan guru dan nota teori yang telah dipelajari.
Kesimpulan


Pelajar diharapkan berjaya menunjukkan kefahaman dalam tajuk Sistem Stereng, Gantungan dan Tayar.
Bahan sumber









  1. Kenderaan lengkap dengan sistem stereng dan stereng kuasa, roda dan tayar, sistem gantungan serta penyerap hentak.
  2. Carta sistem stereng.
  3. Sistem stereng sebenar.